Dasar Privasi
Dikemas kini: 18 Oktober 2026
Maklumat yang dikumpul
EJM mengumpul maklumat yang awk masukkan dalam borang pengesahan seperti nama, nombor telefon, emel, pakej pilihan dan resit transaksi.
Bagaimana maklumat digunakan
Maklumat digunakan untuk menyemak bayaran, mengurus pendaftaran, menghubungi peserta, memberikan akses bahan dan menyampaikan coaching atau support berkaitan pakej.
Pihak ketiga
Borang pengesahan dan upload resit dikendalikan melalui Google Forms/Google Drive. Penggunaan perkhidmatan tersebut turut tertakluk kepada dasar privasi Google. Bayaran DuitNow diproses oleh bank atau penyedia kewangan pelanggan; EJM tidak menerima kata laluan, PIN atau akses perbankan pelanggan.
Perlindungan dan penyimpanan
Akses kepada maklumat pelanggan dihadkan kepada urusan operasi yang berkaitan. Maklumat disimpan setakat yang diperlukan untuk penyampaian servis, rekod transaksi dan keperluan undang-undang.
Hak awk
Awk boleh meminta pembetulan atau pemadaman maklumat yang tidak lagi diperlukan dengan menghubungi @engineeringjobsmsia melalui Instagram.
Hubungi
Untuk pertanyaan privasi, hubungi @engineeringjobsmsia.